Categories
SELANGOR

4 lagi anak syarikat PKNS meterai Ikrar Integriti Korporat

Oleh: Naeem Raffi

SHAH ALAM, 11 NOV: Empat anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memeterai Ikrar Integriti Korporat (CIP) bersama perbadanan itu sebagai usaha membanteras gejala rasuah dan salah laku di dalam sektor awam dan swasta.

Empat anak syarikat itu adalah SACC Convec Sdn Bhd, PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC), Akademik PKNS Sdn Bhd dan De Palma Management Services Sdn Bhd.

PKNS tandatangan Ikrar Integriti di SACC MB (3)Pengurus Besarnya, Azlan Md Alifiah berkata komitmen itu diambil bagi mendukung usaha Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam meningkatkan integriti serta ketelusan.

“Pemeteraian ini, sekali gus melengkapkan keseluruhan 11 anak syarikat PKNS menyertai CIP dan ini adalah bukti PKNS komited memastikan semua anak syarikat menandatangani CIP sebelum berakhir tahun ini.

“Usaha ini amat penting bagi memastikan segala usaha yang dijalankan PKNS mencapai sasaran dan dapat dicontohi organisasi lain,” katanya.

Azlan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) Anak Syarikat PKNS di SACC Convention Centre, di sini, hari ini.

Majlis tandatangan ikrar itu dirasmikan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan disaksikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Terdahulu, PKNS muncul sebagai PKEN pertama melaksanakan CIS dan seterusnya menandatangani CIP pada 14 November 2012.

Ia kemudian diikuti empat anak syarikatnya iaitu Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC), PKNS Infra Berhad (PIB), Worldwide Holdings Berhad (WHB) dan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) pada 17 Disember 2013.

Seterusnya diikuti tiga lagi anak syarikat iaitu Selaman Sdn Bhd, PKNS Engineering and Construction Berhad (PECB) dan Datumcorp International Sdn Bhd (DCI) pada 14 Mei lalu.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) serius dalam pelaksanaan tadbir urus korporat terbaik dengan penyertaan terakhir empat anak syarikatnya menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP), di sini hari ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.