Categories
SELANGOR

44,957 kes Denggi hingga 15 Nov, masyarakat patut prihatin jaga kebersihan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 17 NOV: Masyarakat perlu memainkan peranan penting menjaga kebersihan kerana terdapat segelintir pihak gemar membuang sampah merata-rata yang menjadi tapak pembiakan nyamuk Aedes.

Pekerja Swasta, Adi Amirul, 34, berkata kesedaran mengenai kebersihan penting dalam usaha membenteras penularan wabak denggi yang semakin meningkat.

adi denggiKatanya dia pernah menjadi suspek denggi dan terpaksa menanggung kesakitan selama seminggu justeru mahu perkara sedemikian tidak berulang kepada orang lain.

“Sejak itu saya akan pastikan kawasan rumah terutamanya bebas daripada barangan tidak terpakai yang boleh menjadi tempat aedes membiak,” katanya ketika ditemui Selangor Kini.

Meskipun tidak ditahan di wad, namun sejak daripada kejadian itu menjadikan beliau lebih berdisiplin untuk menjaga kebersihan sekitar.

Pekerja Swasta, Herwan Rais, 32, mahu masyarakat tidak mengharapkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memberikan perhatian kepada kebersihan persekitaran.

Herwan denggiKatanya, kebanyakan kawasan perumahan kurang memberikan perhatian soal kebersihan terutama di bahagian longkang.

Katanya, masyarakat lebih mengharapkan Pihak Berkuasa Tempatan membersihkan kawasan longkang atas alasan bukan tanggungjawab mereka sepenuhnya.

“Kita biasa nampak air bertakung seprti di pasu bunga, tong-tong lama tapi kita kurang sedar kalau air longkang bertakung dan tidak mengalir dengan baik turut menjadi faktor penyumbang kepada pembiakan aedes,” katanya yang sudah tinggal di Shah Alam sejak 2008.

Katanya lagi, masyarakat perlu menyahut seruan Kerajaan Negeri untuk bersama-sama menjaga kebersihan dan mengawal penularan wabak denggi.

Menurut portal Kementerian Kesihatan, sehingga minggu epid ke-46 bertarikh 15 November, sebanyak 44,957 kes denggi didaftarkan melalui ujian makmal di Selangor dengan 66 jumlah kematian.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.