Categories
SELANGOR

Abdul Khalid sedia lepas Presiden FAS

SHAH ALAM 13 NOV: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bakal mendapat Presiden baru apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersetuju melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 2008.

Difahamkan persetujuan sudah dicapai berhubung perkara itu antara FAS dan Abdul Khalid yang sepatutnya menyandang jawatan selaku Presiden FAS hingga 2018 lapor HM Online.

fas_logoAbdul Khalid menerusi Menteri Besar Incorporated (MBI) adalah penyumbang terbesar dana Merah Kuning dengan peruntukan mencecah RM8 juta semusim dan sejak menjadi presiden, Abdul Khalid sentiasa memberikan sokongan terbaik kepada FAS.

Namun selepas kehilangan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin dilihat calon terbaik menerajui FAS.

Malah menurut sumber, Mohamed Azmin sudah bersetuju untuk menerajui FAS bagi menggantikan Abdul Khalid.

FAS dijangka mengadakan mesyuarat jawatankuasa eksekutif Isnin ini bertujuan mencapai persetujuan bagi mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi melantik Mohamed Azmin sebagai Presiden FAS yang baru.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.