Categories
SELANGOR

Adun Kuang minta runtuhan Sg Kuang diatasi, PKM kata sungai akan dinaiktaraf

Oleh: LIZAWATI MADFA

SELAYANG, 9 NOV: Kerajaan Negeri diminta untuk mengambil inisiatif memastikan kejadian runtuhan tebing Sungai Kuang tidak berlaku lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Abdul Shukur Idrus berkata keadaan tebing sungai antara Kampung Gombak hingga ke Kampung Orang Asli kini terancam dengan runtuhan tebing.

abdul-shukor-idrusKatanya, keadaan itu bertambah buruk dengan aktiviti pengambilan batu kuari yang tidak dikawal.

“Saya harap langkah-langkah drastik dapat diambil, minta sunggi itu dibersihkan dan ditebingnya dibina batu bagi menghalang tanah terhakis dan runtuhan.

“Jika tidak diatasi bimbang pelbagai kejadian tidak diingini lain pula yang menyusul pada masa akan datang,” katanya kepada Selangor Kini.

Mengulas permasalahan itu, Penyelaras DUN Kuang, Salasiah Disa pula memberitahu perkara berkenaan sudah diajukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Gombak untuk tindakan lanjut.

“Kita diberitahu bahawa sungai berkenaan akan dinaik taraf untuk menambah baik struktur yang ada.

“Kita juga harus faham kadang kala apa yang berlaku adalah fenomena atau kejadian alam.

“Bagaimanapun, saya hargai keprihatinan Adun Kuang dan sama-samalah mensejahterakan Kuang,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.