Categories
SELANGOR

ADUN Rawang: “Kami akan heret Putrajaya ke mahkamah”

SHAH ALAM, 26 NOV: Kerajaan Negeri akan mengheret Kerajaan Persekutuan ke mahkamah jika Putrajaya berdegil mewujudkan kerajaan dalam kerajaan di Selangor.

ADUN Rawang, Gan Pei Nei berkata, perkara itu ditegaskan Exco Tetap Pelaburan, Ean Yong Hian Wah, ketika isu pertindihan kuasa Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan JKKK lantikan Persekutuan dibangkitkan di dalam Dewan Negeri Selangor (DNS).

“Pada tahun 2013, kita difahamkan Kerajaan Persekutuan juga mahu wujudkan jawatan seperti Ahli Majlis seperti di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga jawatankuasa penduduk seperti JKP.

bn putrajaya“Ini menyalahi undang-undang kerana dalam Perlembagaan dikatakan Kerajaan Tempatan dibawah kuasa Kerajaan Negeri,” katanya, di sini, hari ini.

Selangor Kini diberitahu elemen seolah subversif itu mendapat pembiayaan untuk melaksanakan program dan projek.

Pei Nei berkata, tindakan Putrajaya itu memecahkan persaudaran sesama orang kampung.

Gan Pei NeiKatanya, kebanyakan projek dilaksanakan tanpa kelulusan PBT atau Pejabat Tanah sehingga menyebabkan pertindihan projek yang dilaksanakan.

“Pernah berlaku satu jalan diturap dua kali oleh JKKK(P) melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan juga JKKK. Jadi, kita nampak ada pertindihan yang akhirnya menyebabkan pembaziran wang rakyat,” katanya.

Pei Nei berkata, JKKK(P) wujud sejak Pakatan Rakyat mengambil-alih pentadbiran Selangor, manakala pelan melaksanakan JKP Persekutuan masih belum dilaksanakan pada peringkat ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.