Categories
SELANGOR

Adun Kuang mahu kesesakan jalan di Kuang diatasi, Kerajaan Negeri ada perancangan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SELAYANG, 8 NOV: ADUN Kuang, Abdul Shukur Idrus mahu Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif mengatasi masalah kesesakan di kawasannya.

Beliau berkata, persimpangan jalan utama Kuang, Kundang dan Bukit Rahman Putra kini terlalu sesak terutama ketika waktu puncak.

abdul-shukor-idrusKatanya, pengguna tidak mempunyai pilihan lain kerana itu merupakan jalan yang ada dan terpaksa melalui jem teruk untuk berulang alik ke tempat kerja.

“Jadi saya minta sangat Kerajaan Negeri dapat pertimbangkan untuk membantu mengatasi masalah ini, minta besarkan jalan di situ.

“Kita sama-sama mahu rakyat di Selangor ini menikmati infrastruktur yang lebih baik, apalagi negeri ini negeri yang kaya.

“Harap sangat pentadbiran baru dapat lakukan sesuatu kerana masalah ini dah berlarutan terlalu lama,” katanya kepada Selangor Kini.

Bagaimanapun, Penyelaras DUN Kuang, Salasiah Diah berkata pihak kerajaan negeri menerusi Pejabat Daerah Gombak sudah membuat perancangan untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“Tetapi ianya dijangka memakan masa kerana melibatkan pengambilan tanah-tanah orang, prosesnya bukan mudah.

“Harap semua pihak dapat bersabar dan sama-sama memberi sokongan supaya masalah di situ dapat diselesaikan seberapa segera yang boleh,” jawabnya.

Tinjauan Selangor Kini mendapati persimpangan jalan berkenaan hanya mempunyai satu lorong bagi setiap arah.

Keadaan itu menyebabkan kesesakan luar biasa sering kali berlaku terutama ketika waktu puncak.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.