Categories
SELANGOR

Azmin ikrar laksana tugas MB dengan integriti & cemerlang

Oleh: AFEEQA AFEERA

SEPANG, 7 NOV : Setelah genap 46 hari menyandang jawatan sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini berikrar untuk terus melaksanakan tugas dengan baik, amanah dan penuh integriti demi menjaga kebajikan rakyat Selangor.

Menteri Besar Selangor ke-15 itu berkata hasrat berkenaan mampu dicapai dengan sokongan ahli Exco yang dilantik yang sebahagian besarnya mempunyai pengalaman luas dalam urusan pentadbiran negeri.

Program turun Padang MB ke Daerah Gombak (13) (1)“Sebahagian orang lama ada pengalaman luas dan digabungkan dengan tokoh baru yang bertenaga serta muda selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk menjalinkan hubungan baik bersama generasi muda di Selangor.

“Kita kena kerja kuat sebab harapan rakyat cukup besar untuk pentadbiran negeri melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka,” katanya pada program turun padang di daerah Sepang hari ini.

Azmin berkata dalam tempoh tiga bulan pertama ini, Kerajaan Negeri tidak hanya tertumpu kepada idea yang besar tetapi turut merangkumi isu yang dekat dengan hati rakyat.

Selain itu, katanya menerusi pentadbiran baru, konsep pembangunan akan menjadi prioriti bagi memastikan Selangor terus menjana ekonomi yanag mampan.

“Ia bukan sekadar menjana pertubuhan yang mampan tetapi turut menjamin pengagihan yang adil kepada semua rakyat,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.