Categories
SELANGOR

Banjir: 247 dipindah 6 pusat pemindahan di K.Langat & Sepang

SHAH ALAM 27 NOV: Seramai 247 mangsa banjir di pindahkan ke enam pusat pemindahan di Kuala Langat dan Sepang.

Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaporkan jumlah mangsa dipindahkan itu, Dewan Bukit Changga (43), Surau RTB Labu Lanjut (59) Dewan Orang Ramai Taman Gemilang (26)

Banjir SepangManakala di Balai Raya Orang Asli Bukit Tadom (15), Dewan Genting Sanyem (69), Dewan Balai Raya Bukit Serdang (35).

Jumlah mangsa banjir di Teluk Intan, Perak meningkat kepada 364 orang setakat 11 pagi ini berbanding 336 orang malam tadi dengan sebuah lagi pusat pemindahan banjir dibuka di Masjid Jamek Air Hitam.

Kesemua mereka terdiri daripada 114 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan.

Di Terengganu, sebuah pusat pemindahan masih dibuka di negeri itu yang menempatkan 234 orang.

Manakala di Kedah, Tiga pusat pemindahan dibuka di Bandar Baharu yang melibatkan 270 orang daripada 60 keluarga.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.