Categories
SELANGOR

Banjir: 40 dipindah ke 2 pusat pemindahan di Sepang

SHAH ALAM 25 NOV: Seramai 2,024 orang ditempatkan di 23 pusat pemindahan banjir di seluruh negara, setakat pukul 10 pagi tadi.

Menurut Portal Bencana, Majlis Keselamatan Negara (MKN), kesemua mangsa terdiri daripada 547 buah keluarga melibatkan beberapa daerah di Selangor, Johor, Kedah, Kelantan, Perak, Perlis dan Terengganu.

banjirDi Selangor, Kawasan yang terjejas adalah di daerah Sepang dengan 40 orang ditempatkan di dua pusat pemindahan banjir.

Seramai 30 orang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang manakala selebihnya di Balairaya Kampung Salak Tinggi.

Mangsa terdiri daripada 10 buah keluarga.

Di Johor,10 mangsa banjir yang terdiri daripada dua buah keluarga kini ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Sekolaj Agama Bukit Pasir.

Negara kini sedang mengalami pra musim Monsun Timur Laut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.