Categories
SELANGOR

Adun Umno tegur PBT, MPKj sudah ambil tindakan

Oleh: NURUL FARINA NAZLAN dan AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM: Adun Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz mahu tindakan tegas dikenakan terhadap pemaju yang ingkar dengan syarat pembangunan hingga menyebabkan banjir lumpur.

Beliau berkata, banjir lumpur berulang kali itu berlaku di beberapa kampung di Batu 3, Jalan Bangi hingga tenggelam apabila hujan lebat.

mpkjKatanya, ia berpunca dari sikap pemaju yang rela membayar kompaun pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana mampu berbuat demikian berikutan jumlahnya rendah.

“Harap pentadbiran Kerajaan Selangor menilai kembali pelan pembangunan. Tindakan tegas perlu diambil kepada pemaju dan Kerajaan Negeri jangan hanya bercakap kosong.

“Selain banjir lumpur, pelbagai isu akan saya bangkitkan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) antaranya isu sampah dan air,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, 5 November lalu.

Penyelaras DUN Semenyih, Hamidi Abu Hassan, pula berkata pihaknya dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sudah mengarahkan kontraktor projek pembangunan itu untuk menyelenggara sistem perparitan.

Katanya, masalah itu tidak timbul lagi berikutan tindakan penyelenggaraan dan menaik taraf longkang dilakukan awal tahun ini.

“Kebanyakan isu itu diambil tindakan cepat oleh MPKj, Ahli Majlis dan kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor.

“Masalah sudah lama tetapi awal tahun ini kita sudah ambil tindakan dan air dapat disalirkan dengan betul ketika hujan lebat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.