Categories
SELANGOR

Banteras judi haram, operasi ditingkat 2 kali seminggu

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 NOV: Pihak berkuasa tempatan (PBT) kini menjalankan operasi lebih kerap sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk memerangi sindiket judi haram.

Exco Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah berkata pemantauan berterusan juga dilakukan pihak penguatkuasa bagi mengelak aktiviti itu berulang.

grafik-DNSKatanya, semua barangan premis yang didapati menjalankan sindiket judi haram akan disita.

“Kerjasama orang awam digalakkan kerana PBT juga menyediakan talian on-line atau e-aduan untuk penyaluran aduan secara terus kepada PBT.

“Premis perniagaan didapati melanggar syarat atau melakukan kegiatan judi di sebalik perniagaannya, PBT akan menarik balik lesen dan membatalkan lesen,” katanya dalam Dewan Negeri hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Kajang) berhubung usaha pencegahan sindiket judi haram.

Menjawab pertanyaan lain, Ean Yong (DAP- Seri Kembangan) berkata Kerajaan Negeri tidak mempunyai cadangan untuk mewujudkan sistem ‘crime alert’ di PBT.

“Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah ini didapati mampu mengurangkan jenayah, kita bersedia mengkaji kesesuaian sistem ini untuk dilaksanakan,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.