Categories
SELANGOR

BBC: Pampasan 8 kakitangan MBI wajar jika jumlah munasabah & ikut peraturan

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 25 NOV : Wakil Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Ng Suee Lim berkata pembayaran pampasan kepada lapan kakitangan Menteri Besar Incorporated adalah wajar jika jumlah pampasan diterima munasabah.

Suee Lim berkata beliau minta penjelasan butiran terperinci dan pendedahan laporan semakan audit pemberian pampasan berjumlah RM2.6 juta.

grafik-DNS“Walaupun kedudukan kewangan kukuh, itu tidak bermakna ia boleh digunakan sewenang-wenangnya.

“Sudah lupakah kepada tanggungjawab ketelusan dan intergriti yang dilaung-laungkan selama ini,” katanya di sidang Dewan DNS, hari ini.

Sue Lim berkata, keputusan yang dibuat pada hari terakhir perkhidmatan Adun Pelabuhan Klang itu adalah pampasan terbesar dalam sejarah pentadbiran Selangor setakat ini.

“Kenapa tergesa-gesa diluluskan dan dibayar, apa agenda tersirat, hairan media laporkan mantan Menteri Besar tak tahu jumlah sebenar bayaran itu,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.