Categories
NASIONAL

BERSIH 2.0 tuntut siasat dakwaan hakim beri komen di laman berita

SHAH ALAM 5 NOV: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menuntut perbicaraan Mejar Zaidi Ahmad ditangguhkan sehingga penyiasatan dijalankan terhadap dakwaan seorang hakim terlibat membuat komen di laman berita tentang kes itu.

Pegawai Media & Komunikasi Sekretariat Media BERSIH 2.0, Chuah Siew Eng, berkata komen itu membalas laporan disiarkan pada 20 Oktober, setelah Mahkamah mendengar hujahan kedua-dua pihak.

bersih“Pihak Berkuasa Bersidang harus memandang perkara ini secara serius. Jika siasatan mendapati bahawa memang benar komen tersebut dikeluarkan oleh seorang hakim yang bersidang, ia bermakna sudah ada penghakiman awal dalam perbicaraan ini,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, langkah wajar diambil Pihak Berkuasa Bersidang (convening authority) adalah membubarkan Mahkamah Tentera serta-merta demi keadilan.

Katanya, BERSIH 2.0 menggesa Majlis Angkatan Tentera Malaysia untuk menggugurkan segala pertuduhan terhadap Mejar Zaidi dan membebaskan beliau serta-merta.

“Jawatan Mejar Zaidi yang disandangnya sebelum ini juga harus dikembalikan semula kepadanya,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.