Categories
SELANGOR

Bidang usahawan luas, dari ‘tapioca chips’ hingga Mikrocip

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 27 NOV: Kewujudan dua ‘stanco’ keusahawanan dalam Kerajaan Negeri diperlukan bagi meneliti setiap bidang yang berbeza di peringkat pembangunannya.

Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari (PKR- Batu Caves), berkata beliau lebih tertumpu kepada pembangunan usahawan di peringkat awal.

grafik-DNSKatanya, peringkat lebih besar pula akan dikawal selia di bawah bidang kuasa stanco Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim (DAP-Sungai Pinang).

“Bidang usahawan ini luas, daripada peringkat ‘tapioca chips’ (kerepek ubi) hingga Mikrocip.

“Takrifan ini juga dipisahkan melalui modalnya, sekiranya RM 300,000 itu perniagaan mikro, industri kecil lain, industri sederhana besar lagi jumlahnya,” katanya dalam sesi penggulungan hari ini.

Sewaktu sesi perbahasan lepas, Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) mencadangkan agar stanco melibatkan keusahawan disatukan dan tidak dibahagi dua bagi memudahkan tumpuan Kerajaan Negeri.

Sementara itu, Amirudin berkata Kerajaan Negeri akan menyediakan platform untuk usahawan perniagaan atas talian memasarkan produk mereka.

“Kita ingin sediakan fasiliti kemudahan kepada rakyat dan bukan nak terlibat (dalam perniagaan).

“Kita akan sediakan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) supaya usahawan muda dibantu selain daripada anjuran program latihan,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.