Categories
SELANGOR

Contohi Sweden tangani denggi didik kesedaran rakyat

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 25 NOV: Masalah denggi perlu ditangani secara menyeluruh menerusi pendidikan dan tidak hanya tertumpu kepada program pencegahan semata-mata.

Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berkata ia telah dibuktikan di Sweden menerusi peruntukan yang besar untuk mendidik rakyatnya.

grafik-DNS“Sekiranya kita ingin menghapuskan aedes dan menamatkan masalah denggi secara menyeluruh melalui program pencegahan semata-mata, kita hanya mampu bermimpi sahaja.

“Jadi kita perlukan pendidikan seperti mana langkah Sweden yang mencuba banyak cara dan akhirnya memperuntukkan dana besar untuk beri pendidikan kepada rakyat dan ia berkesan,” kata Xavier semasa Sidang DNS.

Xavier turut mencadangkan peranan beberapa Exco dijana dalam membentuk program kesedaran dengan cara mendidik dalam usaha kolektif Kerajaan Negeri memerangi denggi.

“Kita mungkin boleh memulakan usaha mendidik ini dengan memberi fokus kepada beberapa peranan exco.

“Sebagai contoh, Exco pendidikan, Exco Kesihatan dan Exco Alam Sekitar boleh bekerjasama untuk tujuan itu,” cadang mantan Exco Kesihatan itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.