Categories
SELANGOR

DNS jadi dewan perundangan bertaraf dunia dengan autonomi kewangan

SHAH ALAM 25 NOV: Adun Kampung Tunku, Lau Weng San mencadangkan Dewan Negeri Selangor (DNS) perlu menjadi dewan perundangan bertaraf dunia dengan memberi autonomi kewangan.

Katanya, dengan autonomi kewangan maka ianya bebas daripada pengaruh Eksekutif sepenuhnya.

grafik-DNS“Autonomi kewangan tidak bermaksud DNS tidak tertakluk kepada mana-mana pemantauan.

“Jawatankuasa Pengurusan Dewan yang ditubuhkan pada tahun 2013 boleh memantau semua perbelanjaan Dewan Negeri dan memastikan setiap satu sen dibelanja dengan berhemah,” kata Weng San dalam perbahasan Belanjawan Selangor 2015 di DNS hari ini.

Katanya, birokrasi berlebihan membantut usaha DNS dan Jawatankuasa Pilihan di bawahnya memainkan peranan yang lebih penting dalam pemantauan perjalanan kerajaan.

“Jawatankuasa Pilihan memerlukan peruntukan untuk menjalankan kursus dan lawatan.

“Kedua-duanya adalah penting dalam untuk membantu mempertingkatan pengetahuan dan kemahiran ahli jawatankuasa pilihan dalam memantau Eksekutif,” katanya.

Beliau berkata, pentadbiran DNS perlu dirombak di mana ianya mesti dipisahkan daripada pentadbiran Kerajaan sejajar dengan prinsip pengasingan kuasa.

Katanya, perkara ini banyak kali disebut dalam sidang Dewan lepas melalui cadangan membentangkan Rang Undang-undang Enakmen Perkhidmatan Dewan Negeri Selangor atau Selangor State Legislative Assembly Service Enactment Bill (SELESA).

“Ia masih belum berlaku sehingga sekarang. Penting untuk Kerajaan memaklumkan kepada Dewan tentang kedudukan terkini semasa menggulung nanti,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.