Categories
NASIONAL

GHAH: Kekal Akta Hasutan masa depan rakyat bertambah suram

SHAH ALAM, 27 NOV: Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) mengecam tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang memungkiri janjinya sendiri memansuhkan Akta Hasutan.

“Keputusan Najib mengekalkan Akta Hasutan yang didakwa melindungi kesucian Islam dan agama lain serta menangani gesaan sebilangan pihak untuk memisahkan Sabah, Sarawak jelas berniat jahat.

Akta Hasutan“Akta kuno ini secara berleluasa telah disalahguna untuk menahan ahli politik, aktivis dan sesiapa saja yang mengkritik kerajaan.

“Keputusan Najib ini akan lebih mengongkong kebebasan bersuara dan berekspresi, sekaligus menjadikan masa depan rakyat bertambah suram di bawah pemerintahan tidak demokratik,” kata GHAH dalam satu kenyataan, hari ini.

Najib mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan dalam ucapan perasmiann perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini

GHAH menyeru Najib agar menghormati norma demokrasi, kedaulatan undang-undang dan bertanggungjawab kepada seluruh rakyat terhadap janji yang pernah berkali-kali beliau taburkan sebelum ini.

“Najib perlu ingat bahawa beliau telah berulang kali berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan dan janji itu harus dikotakan,” kata kenyataan itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.