Categories
SELANGOR

Guna Insentif Perkahwinan Belia untuk sambut cahaya mata

Oleh: HAFIZAN TAIB

SEPANG, 9 NOV: Program Insentif Perkahwinan Belia banyak membawa manfaat kepada pasangan pengantin baru di Selangor dan kalangan belia negeri itu berharap Kerajaan Negeri akan mengadakan lebih banyak program bagi golongan terbabit pada masa depan.

Pasangan Moo Wei Leong, 32, dan Chan Fang Yong, 30, dari Dengkil berkongsi kegembiraan akan menggunakan pemberian itu untuk persediaan menyambut kelahiran anak mereka nanti.

“Chan kini hamil dan wang diterima ini akan digunakan untuk persiapan kelahiran akan kami,” kata Moo gembira.

capture-20130324-000512Katanya, insentif diperkenalkan Kerajaan Negeri menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) amat berguna bagi golongan belia di Selangor.

Moo dan Chan turut mendaftar di PKM Dengkil Mac lalu selepas perkahwinan pada Disember tahun lalu.

Penerima,Subramaniam,30, berkata, insentif itu diketahui melalui rakannya dan hebahan media dibuat Kerajaan Negeri.

“Bagus Kerajaan Negeri buat macam ini. Kami akan gunakan insentif ini untuk keperluan kami sebagai suami isteri,” katanya yang berkahwin Disember tahun lalu dan mendaftar di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dengkil Mac lalu.

Subramaniam dan isteri, G Waraletchumy, 30, dari Dengkil ditemui selepas majlis Penyerahan Insentif Perkahwinan Belia bagi daerah Sepang, Selangor.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari menyerahkan insentif itu kepada 18 pasangan pengantin baru dalam majlis berkenaan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.