Categories
SELANGOR

Hampir 50 peratus kes denggi seluruh negara berlaku di Selangor

Oleh: HAFIZAN TAIB
SHAH ALAM, 4 NOV: Sebanyak 41,507 kes denggi dengan 58 kematian berlaku di Selangor daripada 84,682 kes yang dicatat di seluruh negara.
Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata ia berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga 25 Oktober lalu.
Katanya, perangkaan itu menunjukkan hampir 50 peratus kes denggi berlaku di negeri ini dengan 1,000 ke 1,200 kes baharu dicatat setiap minggu.
Gempur Aedes 02“Kita meletakkan sasaran pengurangan kes sebanyak 50 peratus iaitu kepada 500 kes seminggu,” katanya kepada Selangor Kini.
Dr Daroyah berkata, Kerajaan Negeri akan mengadakan sesi taklimat pelaksanaan Gotong Royong Mega 2014: Terjah dan Musnah Aedes Negeri Selangor di semua peingkat bagi membendung masalah itu.
Katanya, ia bermatlamat menerjah sekali gus memusnahkan tempat berpotensi pembiakan Aedes di seluruh kampung, perumahan, pejaba dan kawasan tumpuan ramai.
“Ia akan dilaksanakan serentak di seluruh Selangor bermula pada 16 November ini,” katanya.

-FZL-

Leave a Reply

Your email address will not be published.