Categories
NASIONAL

Hishammuddin Rais tuntut Najib henti sebar video Akta Hasutan

KUALA LUMPUR, 29 NOV: Aktivis sosial Hishammuddin Rais memulakan proses mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyiarkan video menampilkan dirinya dan beberapa rakannya.

Katanya, notis tuntutan itu bagi memberi amaran kepada Najib supaya berhenti menyebarkan klip video berkaitan dirinya yang ditayangkan pada Perhimpunan Agung Umno.

hishamuddin raisMenerusi notis tuntutan itu dinyatakan, Perdana Menteri telah ‘mewujudkan suasana benci dan prejudis terhadap anak guam kami (Hishamuddin).”

Video itu menggambarkan Hishamuddin dan Datuk S Ambiga serta Adam Adli yang dikatakan terbabit dalam aktiviti menghasut.

Peguamnya, Daim dan Gamany menerusi notis tuntutan mengarahkan Najib yang juga Presiden Umno untuk menghentikan tayangan, pengedaran klip video itu pada perhimpunan tahunan berkenaan.

Hishamuddin dalam kenyataannya pada Sabtu berkata, penayangan video itu boleh mempengaruhi keputusan mahkamah terhadap perbicaraan kes membabitkannya mengikut Akta Hasutan.

“Jika gagal mematuhinya, kami telah mengarahkan supaya tindakan undang-undang diambil,” katanya.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.