Categories
NASIONAL

JPJ keluar arahan henti operasi plat kenderaan?

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 NOV: Sepucuk ‘surat pekeliling’ supaya penguatkuasaan kesalahan mempamerkan plat pendaftaran kenderaan tidak mengikut spefikasi dihentikan serta-merta didapati mula berlegar di internet sejak semalam.

Surat dikatakan dikeluarkan Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu menimbulkan tanggapan kononnya disebabkan bantahan orang ramai terhadap tindakan JPJ mengeluarkan saman terhadap atas kesalahan terbabit.

10262139_533957406741037_3584977394246784592_n“Untuk makluman, Menteri Pengangkutan pada hari ini (12 November 2014) mengarahkan supaya penguatkuasaan JPJ ke atas kesalahan mempamir nombor plat yang tidak mengikut peraturan ditangguhkan serta merta mulai tarikh surat ini dikeluarkan.

“Bagaimanapun penguatkuasaan ke atas kesalahan penggunaan lampu HID dan ‘Strobe Light’ hendaklah diteruskan.

“Sukacita diingatkan juga bahawa Yang Bahagia Datuk/Tuan atau mana-mana pegawai tidak dibenarkan membuat kenyataan media berhubung penguatkuasaan ini,” menurut surat yang didakwa dihantar menerusi faks kepada pangarah-pengarah JPJ seluruh negara.

Beberapa pemilik akaun laman sosial facebook menyifatkan ‘perkembangan terkini’ itu sebagai kemenangan rakyat selepas memberi tekanan hebat kepada JPJ termasuk di akaun facebook rasmi JPJ sendiri.

LipEngSebelum ini, alasan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad yang mengaitkan punca kemalangan jalan raya mengorbankan 6,915 nyawa berpunca daripada kegagalan mematuhi spesifikasi ukuran dan paparan plat nombor pendaftaran kenderaan dianggap dangkal dan melucukan.

Ekoran tindakan tegas JPJ itu dan kenyataan Ismail itu, JPJ dikecam hebat dan dipersendakan pemilik akaun di laman-laman sosial.

Antaranya komen beberapa pengguna facebook yang mengaitkan tulisan plat kenderaan yang kecil menyebabkan kesukaran ‘kaki nombor ekor’ membaca nombor pendaftaran kenderaan sekaligus menyebakan kemalangan.

Manakala beberapa pengguna laman sosial lain pula bertindak memaparkan gambar plat kenderaan dalam spesifikasi sebenar dengan tulisan plat mempersendakan JPJ.

Selain itu, mereka turut mempertikaikan kenderaan Ketua Pengarah JPJ itu sendiri yang tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.