Categories
SELANGOR

Kejayaan pelajar Unisel dihargai

SHAH ALAM 28 NOV: Pelajar Unisel, Muhammad Azizul Abd Aziz (Johan) dan Muhammad Syukri Mamat (Naib Johan) dalam pertandingan ‘Minggu Pembinaan Antarabangsa’ di Pusat Dagangan Dunia Putra baru-baru ini menerima cek berjumlah RM1,500 dan RM1,000.

Mereka adalah pelajar Fakulti Kejuruteraan Universiti Selangor (UNISEL) dari kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.

10694237_10152831940170295_6015331802114300096_oCek tersebut disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Turut hadir semasa majlis penyampaian berlangsung di Dewan Undangan Negeri Selangor, SUK pada hari ini Presiden & Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Haji Anuar Ahmad.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.