Categories
SELANGOR

Ulama perlu diberi kebebasan, permudah pemberian tauliah

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 NOV: Kerajaan Negeri disaran untuk terus menyemarakkan majlis ilmu di masjid dan surau di Selangor yang mula subur, sejak 2008.

Yaakob Sapari (PKR-Kota Anggerik) berkata, kebanyakan majlis ilmu itu bagaimanapun adalah bebas dan tidak tertakluk kepada sebarang teks.

pic ustaz azhar idrus di stadium PJUntuk itu, katanya, Kerajaan Negeri wajar menimbang cadangan menyediakan sukatan pelajaran dan teks tertentu di masjid dan surau.

“Tiada standard silibus, sekarang ini bebas, maka sekurang-kurangnya sediakan teks.

“Kita cadangkan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dapat sediakan silibus peringkat sijil dan diploma, jadikan masjid seperti universiti terbuka,” katanya di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Pada masa sama, Yaakob juga berharap Kerajaan Negeri memberikan kebebasan kepada ulama mengadakan ceramah di Selangor.

“Prinsip kebenaran perlu dilaksanakan, ulama diberikan kebebasan dan pemberian tauliah harus dipermudahkan.

“Lihat seperti di Johor, penceramah seperti Ustaz Azhar Idrus tidak dibenarkan berceramah, harap Selangor tidak begitu,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.