Categories
SELANGOR

Kerajaan Pusat perlu contohi Selangor, jangan sekat budaya berfikir mahasiswa

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 27 NOV: Kerajaan Pusat seharusnya mengikut jejak langkah Kerajaan Negeri dalam menjamin kebebasan akademik di negara ini.

Yaakob Sapari (PKR-Kota Anggerik) berkata, Kerajaan Negeri menerusi Universiti Selangor (UNISEL) kaya dengan wacana ilmu.

Majlis Konvokesyen UNISEL ke-9 MB (9)Katanya, pihak pembangkang khususnya Umno juga sentiasa dialu-alukan untuk menyertai program percambahan ilmu itu.

“Amalan lapuk Kerajaan Pusat disebalik akta drakonian seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) hanya sekat budaya berfikir di kalangan mahasiswa.

“Ahli akademik yang dapatan kajian bertentangan selera kerajaan dianggap pembangkang, akibatnya Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) gagal bersaing dengan universiti di dunia,” katanya di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

yaakob sapariYaakob juga berharap pelajar universiti khususnya UNISEL dapat diberikan kebebasan untuk menyertai sebarang parti politik.

“Pentadbir jangan takut berhadapan mahasiswa, jangan ikut sebahagian profesor yang berjiwa kerdil dan tidak merdeka.

“Seperti baru-baru ini, mantan Timbalan Perdana Menteri dihalang pentadbir universiti untuk berucap. Dalam dunia serba canggih, janganlah kongkong pemikiran rakyat lagi,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.