Categories
SELANGOR

Ketua Pembangkang DNS mahu MB lebih ‘friendly’ Kerajaan Pusat

SHAH ALAM 25 NOV: Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Mohd Shamsudin Lias berharap Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali untuk lebih mesra kepada Kerajaan Pusat dalam pelaksanaan projek Kerajaan Pusat di negeri itu.

Katanya, Kerajaan Negeri perlu memberikan kerjasama untuk kemudahan penyiapan projek-projek dilaksanakan Kerajaan Pusat dengan tidak melaksanakan syarat ketat sehingga menggangu kelancaran projek.

grafik-DNS“Dengan kemudahan tersebut apabila dibantah seperti Lebuh Raya KIDEX dan Projek Langat 2 akan meningkatkan kos,” kata Shamsudin.

Shamsudin berkata Kerajaan Pusat banyak menurunkan projek besar kemudahan awam kepada Selangor dalam Bajet 2015 Kerajaan Pusat dengan cadangan pembinaan lima lebuh raya baru.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan belanjawan 2015 di DNS hari ini.

Katanya, bagi menjayakan projek itu diharap agar diberikan kerjasama erat dengan agensi terlibat yang boleh melambatkan pelaksaan projek itu.

” Kos meningkat akan merugikan rakyat, rundinglah secara terbuka dan ikhlas, dan tidak dipolitkkan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.