Categories
SELANGOR

Ketua Pembangkang DNS mahu pejabat Penasihat Ekonomi ditutup

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 25 NOV : Ketua Pembangkang DNS, Datuk Mohd Shamsudin Lias mencadangkan Kerajaan Negeri untuk menutup terus Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Katanya, peranan penasihat ekonomi disandang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim didawka tidak membawa manfaat kepada Selangor kerana belanja pengurusan pejabat itu membazirkan wang rakyat.

grafik-DNS“Penubuhan pejabat ekonomi itu membazirkan wang rakyat dan sepanjang penubuhannya juga tidak banyak kejayaan yang diberikan kepada Selangor,” kata Adun Sungai Burung itu semasa perbahasan belanjawan 2015 di DNS hari ini.

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditubuhkan pada 2009 dan diletakkan di bawah Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) yang berperanan memanfaatkan pengalaman dan kepakaran Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam bidang ekonomi dan kewangan sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri terdahulu bersetuju supaya Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor di Plaza Perangsang ditutup.

Ia berkuatkuasa serta merta bagi menjimatkan kos pentadbiran Kerajaan Negeri.

Mengulas lanjut, Shamsudin berkata penubuhan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor itu juga bertindih peranan dengan Invest Selangor Berhad (ISB).

“Sebaliknya, Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ini hanya digunakan untuk rangkaian politik,” katanya.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.