Categories
SELANGOR

Ketua Pembangkang DNS: Peruntukan pembangkang langkah tepat, janji main peranan

SHAH ALAM 25 NOV: Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Mohd Shamsudin Lias yang menerima Toyota Camry baru RM200,000 daripada Kerajaan Negeri semalam menyatakan tindakan itu adalah pada landasan tepat.

Adun Sungai Burong itu berkata beliau menafikan tindakan itu mengkhianati Barisan Nasional apabila menerima tawaran Kerajaan Negeri keistimewaan dan kemudahan RM100,424.88 setahun sebagai menghargai peranannya dalam ‘check and balance’ kerajaan negeri.

Sidang DUN 24.11.2014 (2)Ia merangkumi elaun tetap, bayaran gaji pemandu (termasuk elaun), bayaran gaji setiausaha kerja (termasuk elaun) dan kereta rasmi kerajaan negeri, sebuah Toyota Camry.

Shamsudin dalam reaksinya menghargai usaha Kerajaan Negeri atas pengiktirafan yang diberikan dan berjanji akan menjalankan tugasnya sebaik mungkin.

“Saya amat menghargai pengiktirafan, sokongan dan kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada saya selaku Ketua Pembangkang.

“Saya berjanji akan memainkan peranan dan memberi kerjasama yang baik untuk menyaksikan sistem demokrasi di Selangor berjalan baik,” katanya.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2015 menyatakan ADUN Pembangkang menerima peruntukan sejumlah RM200,000 setahun.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.