Categories
SELANGOR

‘Ketum & Kekang’ gamat dewan DNS, Speaker mahu Adun lebih sopan

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 25 NOV : Tindakan Ketua Pembangkang DNS, Datuk Mohd Shamsudin Lias mengelar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan singkatan ‘KETUM’ ketika membawa cadangan menutup Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor meriuhkan suasana sidang dewan hari ini.

Sementara itu, ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim pula memanggil Shamsudin dengan singkatan ‘Kekang’ merujuk kepada Ketua Pembangkang.

grafik-DNSTimbalan Speaker Selangor, Shafie Ngah menasihatkan ahli dewan mengunakan singkatan yang lebih sopan selepas ADUN kampung Tunku, Lau Weng San menegur penggunaan singkatan itu.

Demikian antara pengalaman hari pertama Adun Bangi itu yang secara rasmi dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) yang baru berkuatkuasa semalam.

“Saya seronok. Ini adalah pengalaman pertama yang mengujakan dan saya akan galasnya dengan baik untuk hari-hari mendatang.

“Insiden ‘ketum’ dan ‘kekang’ itu perkara biasa dalam mana-mana dewan. Bezanya bila saya di hadapan (timbalan speaker), saya perlu kawal agar ia tidak menjadi tegang,” katanya ketika ditemui di Dewan Annex hari ini.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.