Categories
SELANGOR

KIDEX: MB ambil pendekatan pro-rakyat

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 11 NOV: Kerajaan Negeri tidak akan menentang pembangunan jaringan jalan raya yang memberi manfaat kepada rakyat selagi dilakukan secara terbuka dan telus.

Demikian reaksi, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali ketika ditanya pemberita berhubung kontroversi pembinaan lebuh raya Kinrara Damansara Expressway (KIDEX).

“Ia tidak bermakna KIDEX sahaja. Semua pembinaan jalan raya di negeri ini harus membuktikan ia memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

kidex1Mohamed Azmin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di SACC Convention Centre, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, pihaknya akan mengambil pendekatan berbeza dalam menangani kontroversi KIDEX berbanding mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, sebelum ini, tiada perbincangan antara Kementerian Kerja Raya dengan Kerajaan Selangor berkenaan pembinaan jalan raya.

“Ketika Khalid, tidak ada mesyuarat dengan penduduk atau pihak berkepentingan. Sebelum ini juga tidak ada perbincangan antara Kementerian Kerja Raya dan Kerajaan negeri.

azmin“Sebaliknya, saya akan mengunakan pendekatan berbeza dan bermesyuarat dengan pihak berkepentingan kerana soal pembinaan lebuh raya ini memberi kesan kepada rakyat. Ini merujuk kepada semua jalan raya, bukan KIDEX sahaja,” katanya.

Untuk rekod, pada 15 November 2013, Putrajaya sudah menandatangani perjanjian konsesi dengan Kidex Sdn Bhd untuk membangunkan lebuh raya bertingkat sepanjang 14.9 kilometer (km).

Perjanjian itu mendapat bantahan besar daripada penduduk terutama di sekitar Petaling Jaya kerana bimbang pembinaan lebuh raya enggan anggaran kos RM2.2 bilion itu akan memusnahkan alam sekitar selain menyebabkan harga hartanah merudum.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.