Categories
NASIONAL

Mahkamah Rayuan: Penduduk Kampung Chubadak patut terima pampasan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 NOV: Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan Kampung Chubadak Tambahan tidak diklasifikasikan sebagai penduduk setinggan sebaliknya mereka adalah pemegang lesen dengan ekuiti dan wajar diberikan pampasan munasabah.

Berita baik ini dimaklumkan oleh Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) yang bertindak selaku peguam yang mewakili penduduk Kampung Chubadak Tambahan.

Interview penduduk Kg. Chubadak (ASRI)“Alhamdulillah. Kes Kampung Chubadak Tambahan menang di Mahkamah Rayuan Putrajaya pagi ni.

“Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam penduduk bahawa mereka bukan setinggan (squatters simpliciter) tetapi adalah pemegang lesen dengan ekuiti dan mereka wajar diberikan pampasan yang munasabah,” katanya menerusi laman facebook rasmi Dewan Pemuda PAS Pusat.

Katanya, kes akan dirujuk kembali ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan tuntutan pampasan selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan hari ini.

Kampung Chubadak, Sentul mula dibuka sejak 50 tahun lalu oleh peneroka bandar yang masuk ke Kuala Lumpur serentak dengan Kampung Chubadak Tambahan, Kampung Pasir, Kampung Chubadak Indah, Chubadak Hulu dan Chubadak Hilir.

Kira-kira 160 keluarga tinggal di kampung itu yang terletak hanya 5km dari pusat bandar dan sedang dihimpit arus pembangunan.

ChubdakSejak 12 tahun lalu, masalah mula timbul apabila pihak pemaju mahu membangunkan kampung itu selepas kawasan sekelilingnya sudah pesat membangun.

Pada penghujung Oktober lalu, rumah terakhir di Kampung Chubadak Tambahan telah dirobohkan dan mengakibatkan pergeseran diantara aktivis dan pihak berkuasa.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.