Categories
SELANGOR

Manfaatkan potensi golongan seni, Kota Seni perlu penerangan lanjut

SHAH ALAM 25 NOV: Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata Kerajaan Selangor perlu memanfaatkan sepenuhnya potensi golongan seni di negeri itu.

Katanya beliau menyokong cadangan kerajaan negeri yang bercadang menjadikan negeri itu, khususnya kota-kota seperti Shah Alam dan Petaling Jaya sebagai ‘Kota Seni’.

Bajet MS11“Seniman adalah aset besar yang perlu dimaksimumkan, kesenian akan meningkatkan kualiti warga bandar yang mahu mewujudkan kota seni,” kata Bee Yin.

Katanya, Kerajaan negeri perlu menjelaskan lebih lanjut pelaksanaan kota seni kelak.

“Adakah akan membina dewan lebih banyak dengan bayaran sewa rendah, adakah kerajaan menyediakan lebih banyak studio?, ” tanya Bee Yin

Selangor adalah negeri yang menghimpunkan karyawan dan seniman paling ramai berbanding negeri – negeri lain.

Ringkasnya, Selangor ibarat ‘rumah besar’ bagi para seniman negara.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.