Categories
SELANGOR

MB: Anwar mampu beri sumbangan pertumbuhan ekonomi

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 NOV: Kerajaan Negeri yakin Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata Kerajaan Negeri juga menghargai peranan Anwar menarik minat pelabur luar ke negeri ini.

Forum bersama Anwar di One World (3)Katanya, keputusan penutupan pejabat Ketua Pembangkang itu sebelum ini jelas diragui dan tidak ikhlas.

“Selama ini juga khidmat yang diberikan dia (Anwar) adalah percuma, peruntukan yang disiapkan bukan dalam bentuk gaji dan elaun.

“Tetapi peruntukan diberi berdasarkan program yang ingin dilaksanakan,” katanya di sidang Dewan Negeri hari ini.

Pada 25 November lepas, Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Shamsudin Lias sewaktu sesi perbahasan mencadangkan Kerajaan Negeri untuk menutup terus Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Katanya, peranan Anwar tidak membawa manfaat kepada Selangor kerana belanja pengurusan pejabat itu membazirkan wang rakyat.

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditubuhkan pada 2009 dan diletakkan di bawah Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) yang berperanan memanfaatkan pengalaman dan kepakaran Anwar dalam bidang ekonomi dan kewangan sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri bersetuju supaya Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor di Plaza Perangsang ditutup.

Ia berkuatkuasa serta merta bagi menjimatkan kos pentadbiran Kerajaan Negeri.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.