Categories
SELANGOR

Belanjawan Selangor RM2.42 bilion, 53.19 % pengurusan, 46.81% pembangunan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 24 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali hari ini membentangkan Belanjawan Selangor 2015 sejumlah RM2,422,500,000.00 bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan khususnya program kesejahteraan rakyat.

Mohamed Azmin ketika membentangkan belanjawannya mengumumkan anggaran pendapatan bagi 2015 meningkat 6.49 peratus kepada RM1.97 bilion berbanding sebelumnya RM1.85 bilion pada 2014.

10624975_4764776252958_6375288977168236417_n“Daripada jumlah tersebut, RM1,288,530,000 atau 53.19 peratus. adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus dan RM1,133,970,000 atau 46.81 peratus bagi perbelanjaan pembangunan,” kata Mohamed Azmin ketika membentangkan Belanjawan 2015 Negeri Selangor di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Belanjawan yang bertemakan ‘Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli’ itu sarat dengan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara.

Antara langkah utama yang diambil dengan meningkatkan pembangunan yang sekaligus merancakan aktiviti ekonomi negeri itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.