Categories
SELANGOR

Elaun Imam, Pengerusi JKKK naik RM100

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 24 NOV: Kerajaan Negeri bersetuju untuk menaikkan elaun Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi mengiktiraf peranan mereka dalam memaju serta menjaga keselamatan kampung.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata elaun itu akan dinaikkan daripada RM800 sebulan kepada RM900 sebulan berkuatkuasa pada 1 Januari 2015.

Bajet MS1“Seramai 446 Pengerusi JKKK akan menerima faedah ini mulai tahun depan, manakala struktur Ketua Komuniti Kaum India sedang diperkemaskan bagi dicadangkan imbuhan yang munasabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2015 di Shah Alam, hari ini.

Selain itu, Imam masjid turut menerima tambahan elaun sebanyak RM100 sebulan menjadikan pendapatan bulanan mereka pada tahun depan adalah sebanyak RM850.

Azmin berkata ia adalah selaras dengan peranan Imam yang semakin mencabar dalam mengimarahkan masjid di negeri ini.

“Memandangkan tugas Imam semakin mencabar untuk mengimarahkan masjid, maka Kerajaan Negeri ingin turut menyumbang ke atas perkhidmatan mereka dengan memberi tambahan elaun sebanyak RM100 sebulan mulai 1 Januari 2015.

“Seramai 700 orang Imam akan mendapat manfaat ini,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.