Categories
SELANGOR

MB: 6 minggu, 6 daerah dijelajah siasat isu rakyat

Oleh: LIZAWATI MADFA

HULU SELANGOR, 9 NOV: Sejak bergelar Dato’ Menteri Besar enam minggu lepas, Mohamed Azmin Ali sudah menjelajah ke enam buah daerah di Selangor ini.

Beliau berkata, program turun ke lapangan merupakan agendanya sebagai ketua eksekutif Kerajaan Negeri bagi menyelami kehidupan rakyat marhaen.

Katanya, hanya dengan cara meninggalkan bilik penghawa dingin di pejabat barulah beliau dapat benar-benar memahami keperluan dan kehendak rakyat.

mugshot a“Dalam tempoh enam minggu ini, saya sudah masuk longkang, masuk ke sawah, turun ke sungai, ke tempat pembuangan sampah, tangkap orang buat salah dan sebagainya.

“Saya juga potong gaji saya sebagai Menteri Besar baru saya faham masalah rakyat, kalau tidak saya malu berjumpa rakyat dengan gaji besar tetapi rakyat susah,” katanya malam tadi, dalam satu majlis sambutan Deepavali DUN Rawang yang turut dihadiri Adun Rawang, Gan Pei Nei dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Mohamed Azmin bagaimanapun tidak dapat menghabiskan masa lebih lama kerana terpaksa bergegas untuk menghadiri majlis lain di Teluk Intan, Perak.

“Saya kena berada di sana 9.30 malam tetapi saya datang juga ke sini kerana mahu bertemu dengan rakyat di Rawang,” katanya lagi.

Mohamed Azmin yang mula menjawat jawatan sejak 23 September lepas sehingga kini sudah singgah ke daerah Gombak, Kuala Langat, Sabak Bernam, Sepang, Petaling dan Klang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.