Categories
SELANGOR

MB: Jawatankuasa Khas pantau pelaksanaan Projek MARRIS RM600 juta

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 NOV: Satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi memantau semua pelaksanaan projek pembangunan yang dilaksanakan pada 2015.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pemantauan itu bukan sahaja meliputi jumlah perbelanjaan tetapi meliputi hasil dan kualiti kerja yang dijalankan.

grafik-DNSKatanya, pemantauan akan dilakukan secara berkala iaitu setiap tiga bulan.

“MARRIS dengan peruntukan RM600 juta, setiap tiga bulan kita akan pantau berapa jarak jalan diturap, peruntukan digunakan dan perkara-perkara lain.

“Pemantauan bukan sahaja jumlah belanja tetapi juga hasil kerja,” katanya di sidang Dewan Negeri hari ini.

Mengulas lanjut MARRIS, Mohamed Azmin mengingatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyediakan perancangan lebih awal.

“PBT bincang dengan Adun keperluan utama, senaraikan dan putuskan supaya kerja-kerja dapat dilakukan di awal tahun dan tidak tertangguh hingga suku kedus dan ketiga.

“Kesemua jurutera dan agen pelaksana akan dihantar sertai kursus bulan Disember ini bagi memastikan spesifikasi kerja dipenuhi.

“Kita tidak mahu peruntukan besar tetapi kerja tergesa-gesa,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.