Categories
SELANGOR

MB: Kekal Akta Hasutan, Najib takut buat perubahan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 27 NOV: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menjelmakan watak sebenar beliau dalam isu pemansuhan Akta Hasutan 1948.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR menyifatkan janji Najib sebelum ini tidak ikhlas dan sekadar mahu meraih undi.

azminKatanya, sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 lepas, Najib sendiri beberapa kali berjanji mahu memansuhkan akta yang tidak adil itu.

“Maknanya dia tidak tunaikan janji yang dinyatakan sendiri, ternyata dia berjanji untuk meraih sokongan.

“Dia membuktikan dirinya tidak ada keberanian untuk melakukan transformasi dalam bidang yang dinyatakan beliau,” katanya kepada pemberita di Lobi Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Najib yang juga Presiden Umno dalam Perhimpunan Agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi tadi.

Najib dalam ucapannya berkata keputusan untuk mengekalkan akta itu adalah penting bagi menjamin kedaulatan bangsa Melayu dan agama Islam.

“Adakah dengan mempertahankan Islam melalui peruntukan zalim dan tiada kebebasan dan moral.

“Sedangkan Islam agama yang suci murni yang menjamin kebebasan hak individu sebagai insan dan bukan dengan kezaliman,” kata Mohamed Azmin.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.