Categories
SELANGOR

MB: Lebih 1,000 aduan sampah diterima, masalah diselesaikan segera

Oleh : AFEEQA AFEERA

SEPANG, 7 NOV: Kurang seminggu selepas Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyiarkan nombor telefonnya kepada orang awam, lebih 1,000 khidmat pesanan ringkas (SMS) diterima untuk memaklumkan kepadanya berhubung isu kutipan sampah.

Beliau berkata segala aduan dilaporkan itu dipanjangkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkenaan bagi memastikan tindakan segera diambil.

MB No“Ini adalah usaha berterusan untuk memastikan semua PBT berusaha keras bagi memastikan kebersihan di Selangor diberi keutamaan.

“Dijangka lebih banyak sms akan masuk,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Himpunan Bulanan Jabatan Kerajaan daerah Sepang, hari ini.

Mohamed Azmin turut tidak menolak kenyataan bahawa isu sampah sering menjadi perhatian di Selangor, namun bertekad untuk menyelesaikan masalah itu.

“Memang banyak sampah. Ini aduan daripada rakyat, jadi saya minta PBT teliti kalau benar ada sampah kena bersihkan,” katanya lagi.

Mohamed Azmin sebelum ini membuat tindakan berani apabila memberikan nombor telefon peribadinya kepada orang awam dan meminta supaya penduduk menghubungi beliau jika terlihat sampah yang belum dikutip.

Sehingga kini, kenyataan beliau mendapat sokongan ramai pengikutnya di Twitter dan Facebook.

Terdahulu, Mohamed Azmin memberi masa selama tiga bulan untuk PBT membersihkan sampah-sarap di seluruh daerah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.