Categories
SELANGOR

MB: Mufti, MAIS dan SIS perlu adakan pertemuan elak kekeliruan

SHAH ALAM 5 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berharap pertemuan dapat diadakan antara Mufti, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Sisters In Islam (SIS) dalam masa terdekat.

Mohamed Azmin berkata pertemuan itu dengan perkenan DYMM Sultan Selangor diharap dapat mengelakkan kekeliruan dan salah faham berhubung fatwa pengharaman SIS.

PC MB Azmin di SUK (5)Katanya, selepas membaca kenyataan SIS di media, Mohamed Azmin menghubungi Dato’ Seri Utama Di Raja Mufti Selangor untuk mendapat penjelasan mengenai itu.

“Isu itu kemudiannya dibincangkan di Mesyuarat Dewan Di – Raja Selangor yang kebetulan berlangsung pada 3 November untuk mendapatkan penjelasan langsung dari Mufti dan Pengerusi MAIS.

“Perlu diingatkan bahawa saya bukan Ahli Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Pejabat Menteri Besar tidak berkuasa ke atas hal-hal berkaitan fatwa,” kata Mohamed Azmin dalam kenyataan media.

Mohamed Azmin berkata, berharap konsultasi dan pertemuan dijalankan tanpa prasangka membantu membawa suasana harmoni sepertimana dianjurkan Islam.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.