Categories
SELANGOR

MB: Program Hijrah lonjak golongan miskin, MiMBAR RM40juta, SkimSel RM60juta

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 24 NOV : Sebuah program insentif dikenali sebagai Hijrah akan diperkenalkan Kerajaan Selangor bagi melonjakkan golongan miskin berhijrah memasuki kumpulan berpendapatan menengah.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata program itu akan diperkasakan melalui Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).

B3Lj5YpCUAEz2DoBeliau berkata Kerajaan Negeri akan menaikkan siling peruntukan bagi kedua-dua dana ini kepada RM100 juta berbanding hanya RM70 juta sebelum ini.

“SkimSel ditingkatkan kepada RM60 juta manakala MiMBAR dinaikkan kepada RM40 juta dan semua program ini akan disepadukan di bawah inisiatif Hijrah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan Selangor 2015 di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Kedua-dua program itu adalah di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dikhususkan untuk manfaat rakyat di negeri itu.

Manakala, Kerajaan Negeri menetapkan paras yang realistik dan bertanggungjawab iaitu RM1,500 sebagai garis kemiskinan di negeri Selangor.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.