Categories
SELANGOR

MB turun padang Daerah Sepang hari ini

Oleh : AFEEQA AFEERA

SEPANG, 7 NOV : Kesinambungan program turun padang Dato’ Menteri Besar bersama barisan pimpinan Kerajaan Negeri diteruskan hari ini dengan memilih daerah Sepang sebagai destinasi.

Program itu adalah susulan lawatan Mohamed Azmin Ali ke beberapa daerah sebelum ini antaranya Gombak, Kuala Langat, Klang, Sabak Bernam dan Petaling Jaya.

02dSepang02Berlangsung di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, dekat sini, Mohamed Azmin memulakan program dengan bertemu kakitangan awam pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan daerah Sepang.

Beliau kemudiannya akan meneruskan lawatan ke Taman Ixora untuk melihat sendiri pembangunan projek jalan sambungan Kota Warisan dan seterusnya projek jambatan penghubung Selangor Science Park 2 ke Bandar Nusa Putra.

Mohamed Azmin juga akan menghadiri Program Bersama Rakyat bagi sesi ramah mesra sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Pekan Dengkil.

Bersama-sama beliau dalam program itu adalah Exco negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta Ahli Parlimen Selangor dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.