Categories
SELANGOR

MBPJ: Laluan sehala fasa dua di Petaling Jaya bermula 23 Nov

Oleh: HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 21 NOV: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan melaksanakan sistem jalan sehala fasa kedua di bandar raya itu bermula Ahad (23 November).

Timbalan Datuk Bandar, Puasa Taib, berkata perancangan itu dibuat selepas pelaksanaan fasa pertama oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan.

10342762_797635416962598_7716385882220609455_n“Fasa kedua membabitkan Jalan Yong Shook Lin sahaja iaitu perubahan aliran trafik adalah melawan pusingan jam.

“Selepas dua minggu fasa akhir ini dijalankan, kita bercadang mengadakan pendengaran awam bagi mendapatkan maklum balas daripada masyarakat setempat,” katanya kepada media selepas mesyuarat penuh majlis hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 96 aduan diperoleh PBT itu berhubung sistem laluan sehala dilancarkan sebelum ini.

“Ada yang positif dan negatif mengenainya. Berhubung kemalangan, yang itu (pampasan) di luar kemampuan majlis,” katanya mengenai terdapat aduan berlaku kemalangan akibat perubahan itu.

Pada 12 Oktober lalu, MBPJ melaksanakan sistem jalan sehala fasa pertama di beberapa laluan utama di bandar raya itu.

Antara laluan berkaitan ialah Jalan Utara, Jalan Timur, Jalan Sultan, Jalan Barat dan Jalan Yong Shook Lin.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.