Categories
SELANGOR

MDKL: Perangi Denggi habis-habisan

BANTING 13 NOV: Penjagaan alam sekitar dan kebersihan kawasan kediaman menjadi tanggungjawab semua pihak bagi memastikan penularan wabak Denggi dapat dibendung.

Yang Dipertua MDKL, Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, orang ramai disaran berganding bahu memastikan kebersihan kawasan kediaman serta persekitarannya mengelakkan nyamuk Aedes daripada membiak dan menyebabkan penularan wabak Denggi.

DENGGI GRAFIKBeliau berkata, Program Gotong Royong Mega 2014 dengan misi “Terjah dan Musnah Aedes” diadakan pada 16 November ini memilih Taman Delima sebagai venue pertama dalam menjayakan misi ini yang turut dilangsungkan serentak di seluruh Selangor.

Tahap wabak yang menunjukkan tanda amaran ini boleh meningkat sekiranya tiada tindakan dilakukan bagi mengekang peningkatan kes denggi.

Statistik diperolehi menunjukkan sebanyak 658 kes demam denggi dilaporkan di Daerah Kuala Langat sejak Januari 2014 sehingga minggu epic ke 45 yang tamat pada 8 November lepas.

Walaupun tiada kes kematian kerana denggi dilaporkan, perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana wabak mampu melemahkan sistem imunisasi pesakit hanya dalam masa beberapa hari dan seterusnya membawa maut jika tidak diberikan perhatian sewajarnya.

Untuk rekod, minggu lepas sahaja sebanyak 62 kes kematian disebabkan demam Denggi telah dilaporkan di Selangor.

Nyamuk Aedes yang kita ketahui walaupun mempunyai kitar hidup yang singkat, tetapi masih mampu membiak dan menyebarkan penyakit aedes dalam tempoh seminggu.

Selain daripada menyahut gesaan dalam usaha membanteras penularan wabak denggi, kita melihat ini sebagai waktu yang sesuai berikutan keadaan cuaca sekarang yang kerap hujan dan memungkinkan pembiakan nyamuk aedes di tempat-tempat tersembunyi mahu pun di kawasan-kawasan yang terbiar.

Selain daripada itu, kita juga akan meninjau ke kawasan-kawasan berpotensi untuk pembiakan aedes dan membanteras penularan wabak daripada akar umbinya serta memastikan bekas-bekas atau sampah pukal yang boleh menakung air di lupuskan secara betul.

Beliau menambah, usaha “Terjah dan Musnah Aedes” ini akan diteruskan di enam kawasan yang akan di pilih oleh Pejabat Kesihatan Daerah berdasarkan keperluan.

Sebanyak 36 lokaliti wabak telah di isytiharkan di daerah Kuala Langat sepanjang tahun ini, dimana sebanyak 13 kes telah dilaporkan di Taman Delima sepanjang tahun 2014.

Antara kawasan lokaliti tertinggi bagi kes denggi tersebut termasuklah di Taman Aman, Taman Setia Jaya, Taman Seri Putra, Taman Yayasan, Taman Indah Jaya dan Taman Cempaka.

Berikutan angka kes yang dilaporkan semakin meningkat, orang ramai dinasihatkan agar segera merujuk kepada pihak hospital sekiranya mengalami simptom demam denggi demam yang berlarutan, pening, loya, cirit birit serta tompokan ruam kemerahan luar biasa.

Majlis Daerah Kuala Langat sentiasa menyokong usaha daripada penduduk menjadikan program gotong-royong sebagai program wajib setiap di kawasan bagi memastikan usaha pencegahan berterusan dapat dilakukan.

Jumlah angka dalam kes ini bukan sesuatu boleh dibanggakan, sebaliknya hendak dianggap sebagai pengukur tahap keprihatinan sebagai penduduk terhadap tahap kebersihan persekitaran rumah.

Penggunaan ubat pembunuh jentik-jentik mahu pun semburan kabus (fogging) boleh dilakukan membunuh nyamuk Aedes dewasa, akan tetapi penduduk juga diingatkan selalu memeriksa kawasan sekitar rumah dan membersihkan bekas takungan air dan longkang secara berkala.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.