Categories
SELANGOR

MPSJ anjur Sambutan Deepavali 8 Nov

SUBANG JAYA 7 NOV: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan menganjurkan Majlis Sambutan Deepavali MPSJ 2014 pada 8 November 2014 (Sabtu).

Majlis itu bermula pada pukul 7.00 malam bertempat di Dewan Serbaguna MPSJ, Seri Kembangan.

mpsjAhli Majlis MPSJ, Keshminder Singh a/l K. Karam Singh, memaklumkan majlis sambutan itu diadakan bertujuan meraikan penganut agama Hindu yang menyambut perayaan Deepavali.

Ia juga diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan pihak Majlis dengan masyarakat serta memupuk perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Majlis ini diharapkan dapat berlangsung dengan baik dan dihadiri oleh semua kaum dan menyambutnya bersama-sama dengan semangat muhibah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat MPSJ, USJ 5, di sini.

Majlis sambutan akan diserikan dengan pelbagai persembahan menarik seperti persembahan tarian dan nyanyian dari golongan pelajar dan belia kaum India.

Upacara penyampaian sumbangan Deepavali turut dilaksanakan bagi membantu isi rumah yang berpendapatan rendah dan miskin.

Sumbangan berbentuk barangan keperluan makanan akan disampaikan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

MPSJ berharap agar orang awam terutama penduduk setempat dapat hadir memeriahkan lagi majlis sambutan ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.