Categories
NASIONAL

Nurul Izzah: Kecualikan semua buku daripada GST

SHAH ALAM 11 NOV: Kerajaan Pusat patut mengecualikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas semua buku dan tidak mengehadkannya kepada buku teks, buku latihan, kamus dan buku kanak-kanak sahaja.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata pengecualian terpilih itu mengelirukan orang ramai dan terdedah kepada salah guna akibat kekeliruan pengkelasan buku.

Nurul-Izzah“Kenapa kerajaan mencukai usaha belajar dan menuntut ilmu?” Kata Naib Presiden PKR itu dalam satu kenyataan media.

Katanya, ribuan buku-buku lain terdiri daripada fiksyen dan bukan fiksyen, meliputi pelbagai subjek meluas termasuklah sains, matematik, ekonomi, sejarah, sastera dan politik.

“Rakyat akan berbelanja lebih apabila April 2015 tiba dan ia akan menghindarkan tabiat membaca yang baik.

“Kerajaan perlu mengkelaskan semua buku tanpa mengira kategori, sebagai barangan tanpa cukai GST,” kata Nurul Izzah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.