Categories
NASIONAL

Opah Wahidah & suami terus berjuang pertahan Kg Chubadak

Oleh: HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 6 NOV: Pasangan warga emas Kampung Chubadak akan terus bertahan dan memperjuangkan hak mereka bagi mendapatkan keadilan dan pampasan setimpal daripada pihak pemaju.

“Berjuang terus berjuang,” begitu laung Wahidah Mat Salleh, 72, dalam program “Opah Wahidah Masuk Universiti” di Universiti Malaya di sini malam tadi.

Interview penduduk Kg. Chubadak (ASRI)Wahidah dan suami, Abdul Halim Hamid, 76, mendapat perhatian umum apabila rumah mereka di kampung itu dirobohkan pihak pemaju pada akhir Oktober lalu.

Kejadian itu dikatakan yang kedua selepas kali pertama ia dilakukan pihak berkuasa dan pemaju pada Jun lalu.

Biarpun uzur, Wahidah dan Halim tetap menggagahkan diri hadir dalam program itu selepas mendapat sokongan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan beberapa persatuan mahasiswa lain berhubung isu berkenaan.

Pasangan suami isteri itu menghargai sokongan mahasiswa dan semua pihak serta berharap isu terbabit mampu diselesaikan segera dan baik.

“Makcik risau dan tak suka ganas-ganas macam ini. Makcik takut,” katanya ringkas.

Turut hadir, dua cucunya, Afiqah Azmi, 13, dan Natasha Norman, 13.

Kini pasangan warga emas yang menetap lebih 45 tahun di kampung terbabit hanya berteduh di bawah sebuah khemah dibina jiran tetangga.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.