Categories
SELANGOR

Pantas ke Terengganu esok kenalpasti bentuk bantuan banjir

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 21 NOV: Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (Pantas) akan membuat tinjauan ke Terengganu esok bagi mengenalpasti bentuk bantuan sesuai untuk diberikan kepada mangsa banjir.

Ketua Pengarah Pantas, Hamsah DJabir, berkata selepas bentuk bantuan dikenalpasti, semua anggota Pantas akan dikerahkan ke sana bagi mengagihkan bantuan.

PANTAS“Bentuk bantuan kita akan tengok dahulu kerana sekarang air belum surut lagi. Cuma kita akan melawat di pusat-pusat pemindahan untuk melihat apa keperluan mendesak.

“Kalau kita bagi bentuk makanan pun tidak selesai masalah macam mana mereka nak masak. Jadi keperluan seperti selimut, susu bayi,” katanya kepada Selangor Kini.

Menyentuh soal pemberian bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan beliau menjelaskan, setakat ini fokus diberikan kepada Terengganu dan sekiranya ada keperluan pasukan sukarelawan akan dibahagikan untuk membantu di sana.

Setakat ini, sebanyak 5,550 mangsa banjir daripada 1,377 buah keluarga kini ditempatkan di 43 pusat pemindahan di lima daerah terjejas di Terengganu.

Kuala Terengganu mencatatkan jumlah tertinggi mangsa iaitu 3,927 orang daripada 927 keluarga yang ditempatkan di 17 pusat pemindahan.

Banjir di Besut melibatkan 291 orang daripada 80 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan.

Di Setiu, 349 orang daripada 78 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan.

Manakala di Marang, 976 mangsa daripada 236 keluarga di pindahkan ke lima pusat pemindahan dan di Dungun sebanyak 16 orang daripada tiga keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kampung Nyior.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.