Categories
SELANGOR

Pasukan Mut KUIS ke-2 & ke-3 Pertandingan Mahkamah Mut Kebangsaan

Oleh: Naeem Raffi

SHAH ALAM, 13 NOV: Pasukan Mut Syariah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dinobatkan sebagai Pasukan Kedua dan Pasukan Ketiga Terbaik dalam Pertandingan Mahkamah Mut Syariah Peringkat Kebangsaan 2014 yang berlangsung pada 1 dan 2 November lalu.

Ketua Perhubungan Koporatnya, Halim Mokhtar berkata kemenangan itu begitu bermakna buat KUIS yang julung kalinya berjaya ke pusingan akhir dengan menewaskan dua pasukan juara bertahan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

mut-syariah“Lebih membanggakan Penghujah Terbaik yang dinobatkan kepada Sharina Zakaria dari UM adalah merupakan Alumni Diploma Syariah dan Perundangan Islam KUIS.

“Penghujah kedua dan keempat terbaik juga telah dianugerahkan kepada Muhammad Imran Razali dan Muhammad Hashlinsyah Halimansyah daripada pasukan KUIS,” katanya.

Pasukan dari Universiti Malaya dinobatkan sebagai juara Pasukan Terbaik dengan kelebihan dua mata dari pasukan KUIS yang disertai mahasiswa Sarjana Muda Syariah dengan Undang-Undang.

Sebanyak sepuluh pasukan yang mewakili lima buah Institusi Pengajian Tinggi terdiri daripada Universiti Malaya (UM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pertandingan kali ketiga ini dianjurkan oleh Fakulti Syariah dan Undang–Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

“Seluruh warga KUIS merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada mahasiswa dan pensyarah yang telah mengharumkan nama KUIS di atas kejayaan ini. Tahniah KUIS,” katanya lagi.

Turut hadir semasa majlis penyampaian hadiah Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa dan Alumni Dr. Mokmin bin Basri.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.