Categories
SELANGOR

PAWS dibenar beroperasi, Kerajaan Negeri kaji penempatan semula

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 20 NOV: Pusat Kebajikan Haiwan (PAWS) dibenar meneruskan operasi mereka di kawasan sedia ada sehingga kajian penempatan semula pusat itu selesai dijalankan Kerajaan Negeri.

Pengurus PAWS, Edward Lim berkata, perkara itu diputuskan dalam perbincangan antara pihak beliau bersama Pejabat Tanah dan Daerah Petaling, semalam.

“Kami dah hantar surat rayuan kepada Kerajaan Negeri dan mereka mengambil perhatian isu ini.

paws“Sementara keputusan baru dibuat, Kerajaan Negeri membenarkan kami meneruskan operasi di tempat sekarang,” kata Edward ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.

Bagaimanapun, jelas beliau, Kerajaan Negeri tidak memberikan tempoh tertentu bagi menyelesaikan isu terbabit.

Terdahulu, Pejabat Tanah dan Daerah Petaling menyerahkan notis kepada PAWS kerana didakwa menduduki secara tidak sah.

Bagaimanapun, jelas Edward, PAWS sendiri sendiri tidak dapat memastikan sama ada tanah itu milik kerajaan atau sebaliknya.

Hal itu berikutan Sime Darby pernah memaklumkan kepada PAWS mahu mengambil semula tanah terbabit, dua tahun lalu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.