Categories
SELANGOR

Peruntukan RM376.9 juta tangani kesan GST

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 28 NOV : Peruntukan RM376.9 juta dalam pelbagai program sedia ada dan baru dirangka dalam mendepani cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk kebajikan ekonomi rakyat.

Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS) dan Perdagangan dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim, berkata terjemahan perbelanjaan dinyatakan dalam pelbagai program, antaranya pendidikan, sosio-ekonomi dan keusahawanan melalui Belanjawan Selangor 2015.

grafik-DNSKatanya, Kerajaan Negeri sedia meneruskan  beberapa program yang memberi impak kepada rakyat selain mengadakan program baru.

“Antaranya Tabung Biasiswa Selangorku sebanyak RM10 juta setahun, Bantuan Sara Diri Anak Selangor berjumlah RM12 juta, biasiswa Sagong Tasi untuk anak-anak Orang Asal, peruntukan RM3 juta untuk sektor pengangkutan bagi perkhidmatan awam percuma dan RM10 juta bagi pelaburan serta perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mulut daripada Haniza Mohamed Talha (PKR-Taman Medan) semasa sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Selain itu, katanya Kerajaan Negeri juga akan mengamalkan penjimatan dalam perbelanjaan operasi terutamanya berhubung aktiviti yang berkaitan dengan perkhidmatan dan bekalan.

“Kerajaan Negeri juga meneruskan dasar perolehan menekankan kepada ‘value for money’ yang memberi impak kepada usaha penjimatan tanpa menjejaskan kualiti pembangunan dilaksanakan,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.